Surau sekolah
merupakan syiar Islam di sekolah. Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat
untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata sama ada secara individu atau
berjamaah tetapi ia berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di
sekolah. Selain menjadi tempat untuk melaksanakan ibadat wajib dan sunat, surau
juga berfungsi sebagai pusat ilmu bagi memantapkan lagi pengetahuan dan
pemahaman yang benar mengenai agama Islam.
Sehubungan itu, Surau
Al- Mukhlisin SK Bukit Jawa 2 telah mengorak langkah satu pasukan dengan
menyusun pelbagai program dan aktiviti sesuai dengan Visi, Misi dan Matlamat Surau
Al-Mukhlisin bagi memastikan pelajar cemerlang dunia dan akhirat.
Program-program seperti Program membudayakan Al-Quran, Solat berjemaah,
ceramah, tazkirah, kursus ibadah dan pelbagai lagi aktiviti keagamaan
kebanyakkannya dilaksanakan di surau bagi memakmurkan serta menghidupkan
suasana di surau.
No comments:
Post a Comment