Friday, August 23, 2019

TRANSFORMASI SURAU ASISS 2019

Pada 28 hb Ogos 2019 ( Rabu) Surau Al-Mukhlisin akan dihadiri oleh Panel Penilai daripada Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Maka bertungkus lumuslah semua kakitangan sekolah dan dibantu oleh PIBG dan juga Munsti Jawi iaitu Ustaz Mansor dalam menceriakan Surau Al-Mukhlisin ini. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam mentransformasikan Surau Al-Mukhlisin menjadi sebuah surau yang ceria dan berinovasi,
Laluan Muslimah
 King's Gambit Park
 Palma Park
 Pintu kedua
 Gelanggang Silat Tok Ayah Jawa (TAJ)


 Taman Herba Mini


Friday, August 2, 2019

Selamat Datang Ke Surau Al-Mukhlisin


Surau sekolah merupakan syiar Islam di sekolah. Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata sama ada secara individu atau berjamaah tetapi ia berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah. Selain menjadi tempat untuk melaksanakan ibadat wajib dan sunat, surau juga berfungsi sebagai pusat ilmu bagi memantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman yang benar mengenai agama Islam.


Sehubungan itu, Surau Al- Mukhlisin SK Bukit Jawa 2 telah mengorak langkah satu pasukan dengan menyusun pelbagai program dan aktiviti sesuai dengan Visi, Misi dan Matlamat Surau Al-Mukhlisin bagi memastikan pelajar cemerlang dunia dan akhirat. Program-program seperti Program membudayakan Al-Quran, Solat berjemaah, ceramah, tazkirah, kursus ibadah dan pelbagai lagi aktiviti keagamaan kebanyakkannya dilaksanakan di surau bagi memakmurkan serta menghidupkan suasana di surau.